div.TabView div.Tabs { height: 24px; overflow: hidden; } div.TabView div.Tabs a { float: left; display: block; width: 90px; /* Lebar Menu Utama Atas */ text-align: center; height: 24px; /* Tinggi Menu Utama Atas */ padding-top: 3px; vertical-align: middle; border: 1px solid #000; /* Warna border Menu Atas */ border-bottom-width: 0; text-decoration: none; font-family: "Times New Roman", Serif; /* Font Menu Utama Atas */ font-weight: 900; color: #000; /* Warna Font Menu Utama Atas */ } div.TabView div.Tabs a:hover, div.TabView div.Tabs a.Active { background-color: #FF9900; /* Warna background Menu Utama Atas */ } div.TabView div.Pages { clear: both; border: 1px solid #6E6E6E; /* Warna border Kotak Utama */ overflow: hidden; background-color: #FF9900; /* Warna background Kotak Utama */ } div.TabView div.Pages div.Page { height: 100%; padding: 0px; overflow: hidden; } div.TabView div.Pages div.Page div.Pad { padding: 3px 5px; }
Selamat Datang di Ikan Paus

Rabu, 22 September 2010

SELUK BELUK IKAN PAUS


IKAN PAUS
SUMBER:WIKIPEDIA



1.PENGERTIAN

Paus (mamalia)

Ikan paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea
Ikan paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eocene, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu ikan paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.
Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.
Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.


2.CIRI CIRI
ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:
  • bernafas melalui paru-paru
  • mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
  • berdarah panas
  • mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
  • mempunyai empat ruang jantung


3.MACAM MACAM

A.Paus Buding

Paus Buding


Alam:

Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:

Famili:
[[]]
Genus:
Spesies:
O. orca



Paus Buding (bahasa Inggeris: Killer Whale). Nama sainsnya adalah Orcinus orca.

Ciri-ciri

Paus Buding adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Paus Buding terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan

Ia makan paus lain, sotong, ikan dan anjing laut.

B.Paus Nayan

Paus Nayan

Alam:

Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:


Genus:
Spesies:
K. breviceps








Paus Nayan (bahasa Inggeris: "Pygmy Sperm Whale") merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Kogia breviceps.

Ciri-ciri

Paus Nayan adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Paus Nayan terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Paus Nayan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan.


bukan ikan paus tetapi ia dalam keluarga dolphin.Ia dolphin yang terbesar.Ia mampu membesar sepanjang 18 meter dan beratnya hampir 8 ton


C.Paus Sirip Pendek

Paus Sirip Pendek





Alam:

Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Famili:
[[]]
Genus:
Spesies:
G. macrorhynchus





Paus Sirip Pendek (bahasa Inggeris: Pilot Whale). Nama sainsnya Globicephala macrorhynchus.

Ciri-ciri

Paus Sirip Pendek adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga Delphinidae. Paus Sirip Pendek adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Paus Sirip Pendek terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Paus Sirip Pendek berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Paus Sirip Pendek akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
4.POLA HIDUP

Tingkah laku

Ikan paus secara amnya dikelaskan sebagai pemangsa tetapi makanan haiwan ini terdiri daripada plankton kepada ikan besar. Sebagai mamalia, ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan.
Kerana habitatnya, ikan paus menetapkan bila ia mahu bernafas. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama. Ini kerana mereka perlu sedar untuk bernafas. Dipercayai hanya satu hemisfera dalam otak ikan paus tidur pada satu masa supaya ikan paus tidak tidur sepenuhnya tetapi masih boleh berehat.
Ikan paus berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian ikan paus. Kerana haiwan ini sangat besar dan kuat, bunyi yang dihasilkan sangat kuat (bergantung kepada spesis). Ikan paus dipercayai membuat 20,000 wat akustik bunyi pada 163 desibel.
Ikan paus betina melahirkan seekor anak. Masa menyusu adalah lama (lebih dari satu tahun dalam kebanyakan spesis), dan ini dikaitkan dengan hubungan yang erat antara ibu dan anak. Dalam kebanyakan ikan paus, proses pendewasaan berlaku lewat, selalunya dalam tujuh hingga 10 tahun. Disebabkan ini mereka melahirkan sedikit zuriat tetapi mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk hidup dalam dunia haiwan liar.
Alat kelamin ikan paus jantan dimasukkan ke dalam rongga badan ketika berenang untuk penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Kebanyakan ikan paus tidak mempunyai pasangan tetap; dalam kebanyakan spesis paus betina mempunyai banyak pasangan pada setiap musim mengawan. Ketika saat kelahiran, bayi paus mengeluarkan ekor dahulu untuk meminimumkan risiko lemas. Ikan paus menyusukan anak dengan memancutkan susu secara konsisten seperti ubat gigi ke dalam mulut bayi untuk mengelak daripada susu tersebut hilang dalam air.

5.CARA BERKEMBANG BIAK

Ikan paus termasuk dalam golongan mamalia. Ikan paus ini berkembang biak dengan cara melahirkan.

SELUK BELUK IKAN PAUS